Saturday, 21 September 2013

Spicy Baked Beef & Potato

Hai kawan2. selepas sekian lama tak update dapur ni baru skang rajin and ada masa nak type resepi masakan yang ini and publish. Spicy Baked Beef and Potato ni Puan Dahlia 'termasak' masa nak masak dinner itu hari. saja buat eksperimen pastu bila makan sedap la pulak. haha tak tahu la kalau korang makan jadi x sedap mana sebab puan dahlia makan sedap ajeee.. ^_^

one thing, puan dahlia masak x pernah nya guna measurement mcm 100g ke, 2 sudu ke, 2 cawan ke, and such thing sbb selalu main masak2 ikut suka hati je pastu nak masak lain kali da lupa mcm mana nak buat. -_-"

ok selepas semput memerah otak untuk ingat balik satu persatu cara bahan and cara memasak benda alah ni. sekarang ni rasanya confident dah boleh share. :p ok la kalau nak try resepi ni sila la try ye.

bahan2:

250g daging cincang
4 biji ubi kentang
3 batang cili api (atau ikut suka korang nak pedas mcm mana. kalau nak pedas gila lagi, tambah la lagi kuantiti cili. kalau ikut puan dahlia, 3 biji da cukup pedas da ler ni.)
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus

tumis bawang putih, bawang besar. lepas tu goreng daging cincang. masukkan garam secubit dua. jangan sampai garing lak goreng. manja2 je goreng, sampai daging dah tak merah.

lepas tu angkat dan toskan bagi takde minyak.

ubi kentang tadi dipotong kecik2. (kulit ubi kentang jgn dibuang, baked potato punya kulit sedap makan!) kalau ikut saiz standard, sebiji tu potong 16. lepas tu rebus kentang tu dalam air mendidih. rebus sekejap sahaja ye, sampai kentang separuh empuk. cucuk kentang dengan garfu. kalau dapat cucuk, ok da boleh angkat kentang tu dan keringkan kentang tadi guna tisu. (taknak kentang tu basah sikit pun ok.

sekarang bolehlah ambil loyang dan susun kentang tu atas loyang. da tutup semua permukaan lantai loyang,letakkan satu atau dua ketul butter atas kentang.taburkan pulak daging cincang tadi atas kentang, lepas tu potong cili kecik2 and taburkan atas daging.

bakar dalam oven, 160 darjah celcius dalam 35-30 minit.jenguk2 la oven, bila kulit kentang tu dah kecut, and daging cincang tu da tukar jadi warna gelap, maknanya da masak la tu.


kalau suka nak letak cheese, taburkan cheese masa baru keluarkan dari oven. 

simple jer kan. selamat mencuba!